Monday, June 21, 2010

ADA APA DENGAN DUNIA..?

Ada apa dengan dunia,
Apa yang boleh diminta,
Apa pula yang akan diterima,
Kebahagiaan tinggal sebuah cerita,
Hanya tinggal episod duka.

Dari dulu hingga kini merana,
Untuk menggapai secebis bahagia,
Juga untuk hidup berjaya,
Menempuh derita tidak terkira,
Hanya mahu aman sejahtera.

Kini,
Dunia penuh dengan cabaran,
Banyak lagi dengan godaan,
Semua benda hendak dimusnahkan,
Tiada apa yang boleh dipertahankan,
Hancur terlerai semua impian,
Semuanya hanya tinggal kenangan,
Teguh tersemat di dalam ingatan.

Ada apa dengan dunia,
Dunia tidak kekal selamanya,
Tiada apa perlu dibangga,
Tapi mengapa perlu bersengketa,
Ini semua kerana harta,
Mengapa mengejar benda sementara,
Harta dikejar jiwa merana,
Dirilah jua merasa terseksa.

Sesungguhnya,
Adalah lebih baik menginsafi,
Apa ertinya hidup dan mati,
Tiada apa yang lebih bererti,
Daripada hidup menabur budi,
Dan juga menyumbang bakti,
Serta mengabdikan diri kepada Ya Rabbi,
Supaya suatu hari nanti,
Hidup di syurga yang kekal abadi.

--nukilan : mohd shahril sahir----

-- CINTA dan PERSAHABATAN --

Antara CINTA dan PERSAHABATAN,
Andainya ku diberi PELUANG untuk memilih kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-duanya,
Kerana bagiku ianya sama berERTI dan berNILAI dalam HIDUPku.

CINTA,
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keINDAHannya,
Kerana di sebalik keINDAHan CINTA itu,
Tersirat seribu kePAHITan
Pastinya akan merentap keDAMAIan JIWA,
Seorang penCINTA SETIA,
Tatkala ikatan diundang keKECEWAan.

Namun ia tetap betah menjemput setiap JIWA,
Yang punya HATI dan PERASAAN,
Hakikat yang tersimpan di sebalik ANUGERAH ini,
Tak terungkai dengan bicara di bibir,
Tak tergambar dengan lakonan,
Begitu SYAHDUnya kurniaan Illahi,
Lahirnya dari HATI seorang INSAN,
BerAKAL, berEMOSI, PENYAYANG, dan berPERASAAN.

PERSAHABATAN,
Suatu IKATAN yang lahir dari HATI,
Keinginan yang IKHLAS,
Bagi berkongsi TANGIS TAWA, KASIH SAYANG serta keAKRABan,
Sesungguhnya,
SAHABAT adalah tempat berbicara SETULUSnya,
Tentang IMPIAN dan pengERTIan HIDUP ini.

PERSAHABATAN yang MURNI dan SUCI,
Adalah sebuah perHUBUNGan disulami dengan benang keJUJURan,
DiWARNAi dengan keIKHLASan,
diCURAHi dengan KASIH SEJATI,
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
Robohlah tembok keLUHURan sebuah PERSAHABATAN.

Teman yang budiman,
MengERTIlah maksudku ini,
Sesungguhnya,
Apa yang tersimpul di HATI kecilku ini,
Sejak perkenalan kita.

Kita bina tugu PERSAHABATAN,
Yang dipagari besi keDEWASAan,
Yang TEGUH berdiri megah di laman HATI kita,
Tak tumbang dek RINTANGAN,
Hanya satu pintaku,
Agar dikau sentiasa mengINGATi diriku.

Tuesday, February 02, 2010