Monday, June 21, 2010

ADA APA DENGAN DUNIA..?

Ada apa dengan dunia,
Apa yang boleh diminta,
Apa pula yang akan diterima,
Kebahagiaan tinggal sebuah cerita,
Hanya tinggal episod duka.

Dari dulu hingga kini merana,
Untuk menggapai secebis bahagia,
Juga untuk hidup berjaya,
Menempuh derita tidak terkira,
Hanya mahu aman sejahtera.

Kini,
Dunia penuh dengan cabaran,
Banyak lagi dengan godaan,
Semua benda hendak dimusnahkan,
Tiada apa yang boleh dipertahankan,
Hancur terlerai semua impian,
Semuanya hanya tinggal kenangan,
Teguh tersemat di dalam ingatan.

Ada apa dengan dunia,
Dunia tidak kekal selamanya,
Tiada apa perlu dibangga,
Tapi mengapa perlu bersengketa,
Ini semua kerana harta,
Mengapa mengejar benda sementara,
Harta dikejar jiwa merana,
Dirilah jua merasa terseksa.

Sesungguhnya,
Adalah lebih baik menginsafi,
Apa ertinya hidup dan mati,
Tiada apa yang lebih bererti,
Daripada hidup menabur budi,
Dan juga menyumbang bakti,
Serta mengabdikan diri kepada Ya Rabbi,
Supaya suatu hari nanti,
Hidup di syurga yang kekal abadi.

--nukilan : mohd shahril sahir----

2 comments:

  1. nice nukilan :)
    berkarya la lagi.

    ReplyDelete
  2. thanks ziha...
    main2 jer... mengisi masa yg x brape nak lapang....

    ReplyDelete