Thursday, October 08, 2009

MEMILIH BAKAL ISTERI....

assalamualaikum.

ari ni just nak share satu story pasal memilih bakal isteri ini.. bg kaum adam, pikir dulu masak2 dalam memilih bakal isteri korang... hehehehe...

ceritanye mcm ni...

Seorang hartawan terlintas untuk mendirikan rumah tangga tetapi tiada calon untuk dijadikan isteri lalu menceritakan kepada rakan-rakannya. Dengan tidak disangka, rakan-rakannya telah mencadangkan tiga orang gadis kepadanya. Hartawan itu menghadapi kesusahan untuk memilih salah seorang daripada tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan teman hidupnya. Lalu, hartawan itu pergi berjumpa dengan seorang ahli fikir yang cukup tinggi pemikirannya.

Hartawan itu telah menceritakan segala masalahnya berhubung isu memilih bakal isterinya. Dengan ilmu dan pengalaman yang ada pada ahli fikir itu, masalah si hartawan tadi dapat diselesaikan. Si hartawan berasa lega dan terus berjumpa ketiga-tiga gadis dan juga rakan-rakannya.

"Akan aku berikan beberapa butir permata kepada ketiga-tiga kamu. Aku tidak minta apa-apa balasan daripada kamu. Hanya satu pemberian yang ikhlas daripada aku."

Hartawan itu memberikan beberapa butir permata kepada setiap gadis-gadis itu. Rakan-rakan hartawan itu berasa pelik dengan perbuatan hartawan itu.

Gadis pertama menerima pemberiannya dengan perasaan gembira dan mengucapkan terima kasih.
" Selama hidup, belum pernah saya lihat permata yang lebih indah daripada ini."

Gadis kedua pula berkata, "Jikalau permata ini ditambah dengan emas, pasti ianya akan jadi rantai yang sangat cantik!"

Gadis ketiga pula berkata, "Ambillah kembali permata ini dan simpanlah. Bagiku, cintamu sudah mencukupi untuk ku."

Akhirnya, hartawan itu memilih gadis yang pertama dengan alasan gadis pertama seorang yang berakal, redha dengan kenyataan dan merasa berbahagia dengan pemberian yang diterimanya. Gadis kedua, dari jawapan yang diberikannya, adalah seorang yang tidak redha dengan apa yang dimilikinya. Gadis yang ketiga pula, dari jawapan yang diberikan, adalah seorang yang cenderung tidak hidup dalam alam kenyataan sehingga tidak layak memikul beban kehidupan suami isteri.

hahahaha.... tu je story nyer... klau paham btul2, ade maksud yang mendalam kat situ... kite kene bijak pilih calon isteri or suami... hehehehe... sekadar berkongsi cerita...

-oNLy uNiTedD-

3 comments:

  1. agak2 aku kategori mane eh??hehe

    ReplyDelete
  2. aku rase ko yg no 2 kot...
    hehehehe....

    ReplyDelete
  3. weh..manyak la ko..
    sampai aty ckp aku y no 2...

    ReplyDelete