Wednesday, October 07, 2009

tiga syarat mengundang ke majlis2 anda...

Sempena musim raye ni, n musim umah terbuke, hamba nak kongsi satu kisah pasal undangan majlis2 cam open house ni... ni bg siape yg berhajat nak buat or nak attend umah terbuke or undangan lain.

Pada suatu hari, seorang alim ulama' yang bijaksana telah menerima satu undanganjamuan daripada seorang rakan baiknya. Dia telah mengemukakan tiga syarat untuk menghadiri undangan itu.

"Aku akan hadir ke jamuan kamu itu tetapi dengan tiga syarat. Pertama, jangan kamu memaksa diri. Kedua, jangan kamu berkhianat. Ketiga, jangan kamu zalim."

Rakannya dengan pantas bertanya kepada alim ulama' itu, "apa maksud tuan dengan ketiga-tiga perkara itu."

"Maksud jangan kamu memaksa diri ialah, kamu janganlah memaksa diri kamu dengan menyediakan apa yang tidak kamu miliki. Jangan kamu berkhianat pula bermaksud, janganlah kamu bersifat kedekut sehingga menyajikan yang tidak layak untuk para tetamu, dan jangan kamu zalim pula, janganlah kamu menzalimi anak-anak dan keluarga kamu menikmati hidangan itu."

Rakannya mengangguk lalu berkata, " kini aku mengerti dan menerima ketiga-tiga syarat itu."

so, just nak ingatkan laa kat kwn2 smue... tak perlu laa nak bermegah klau itu smue tak kita miliki... kesimpulannya, berjimat-cermatlah dan jgn membazir... ramai lg yg perlukan bantuan drpd kita... ingatlah, smue bnde yg kita miliki skrg x akan kekal selamannya....

hanya untuk peringatan bersama.....

salam..

No comments:

Post a Comment